Penilaian Keperluan Latihan (Training Needs Assessment) sangat penting untuk menjimatkan masa, wang, dan menepati inspirasi pihak pengurusan. Ia membantu melaksanakan latihan dengan lebih berjaya, mendapat komitmen staf, dan mengikut bajet yang ditetapkan.
1. Melatih Staf yang Betul dengan Kaedah yang Tepat
– Menyediakan senarai staf yang memerlukan latihan.
– Memilih kursus yang berkaitan untuk meningkatkan minat dan keberhasilan latihan.
2. Memberi Keutamaan Kepada Keperluan Latihan dengan Impak Besar kepada Bisnes
– Mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan staf untuk meningkatkan produktiviti.
– Menyusun latihan mengikut keutamaan yang memberi kesan besar kepada hasil syarikat, terutama dalam situasi bajet terhad.
3. Kenal Pasti Alat dan Kaedah Baru
– Menggunakan soal selidik atau pemerhatian untuk mengenal pasti halangan dalam proses pembelajaran.
– Menilai kaedah latihan baru yang lebih efektif, seperti kelas virtual, yang mungkin lebih sesuai dalam situasi semasa.
4. Pulangan kepada Pelaburan
– Mengukur keberkesanan latihan dan peningkatan prestasi pekerja selepas latihan.
– Menyediakan bukti pencapaian hasil latihan untuk rujukan pengurusan.
5. Melibatkan Staf dalam Proses Pembelajaran dan Pembangunan Berterusan
– Meningkatkan rasa “sense of belonging” staf dengan melibatkan mereka dalam proses penilaian.
– Menggunakan borang soal selidik atau temuduga untuk mendapatkan maklumat lengkap bagi perancangan latihan.